Mengenai Kami

               TEGAS ditubuhkan atas inisiatif Kerajaan Negeri dan telah dilancarkan oleh YAB Ketua Menteri pada 28 Februari 2012 dengan slogan TEGAS Pemangkin Transformasi Modal Insan. Peranan TEGAS adalah untuk mempromosikan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (PTLV) dalam kalangan belia Sarawak, khususnya mereka yang tinggal di luar bandar. Dengan ini anak-anak Sarawak dapat diperkasa dengan kemahiran bagi memacu Pembangunan SCORE.

 

YB Datu Haji Len Talif Salleh merupakan Pengerusi TEGAS. Urus Setia TEGAS pula telah diwujudkan dalam Unit Pembangunan Tenaga Kerja, Jabatan Ketua Menteri yang merancang dan mengurus pelaksanaan aktiviti seperti yang diputuskan oleh Ahli Lembaga Amanah TEGAS.

 

 

VISI

Pendidikan Teknikal sebagai Pilihan Utama.

 

 

MISI

Memperkasakan anak Bumiputera Sarawak dalam bidang teknikal.

 

 

MATLAMAT

  • Menjadikan TEVT sebagai laluan pendidikan dan halatuju kerjaya yang menarik dalam kalangan belia Sarawak.
  • Menyelaras kemasukan belia ke institut latihan awam dan swasta yang berkualiti.
  • Menyelaras bantuan kewangan kepada pemohon yang memerlukan.
  • Mewujudkan rakan strategik di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
  • Membina sistem maklumat yang tepat dan kemas kini.

 

 

INDIKATOR PENCAPAIAN 2013

  • Enrolmen institusi teknikal meningkat dari 65.64% (24,005) pada 2012 ke 75% (27,429) pada 2013 daripada kapasiti di 89 institusi latihan sebanyak 36,572 (April 2012).
  • 10% lepasan SPM 2012 mendaftar dalam bidang teknikal dan vokasional.
  • Sebanyak 125,000 pelajar mendapat maklumat TEVT, peluang-peluang pendidikan dan pekerjaan dari 1 April 2012 – 2 November 2013.